RAWANG: Sebanyak 33 guni ikan mati telah dibersihkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di perangkap sampah Sungai Kundang di sini pada Sabtu.
LUAS dalam satu kenyataan berkata, kerja pembersihan dilakukan sejak Jumaat susulan insiden pengesanan minyak di lokasi berkenaan.
Menurutnya, operasi masih diteruskan sehingga kini dan kerja pembersihan pada tahap 70 peratus.
"Kerja-kerja pembersihan di dalam premis terlibat dan jajaran Sungai Kundang yang terkesan berhampiran kawasan tanah perkuburan Kundang telah selesai antara jam 6 petang hingga 8 malam Jumaat.
"Kerja-kerja pembersihan kini tertumpu untuk diselesaikan di longkang luar premis yang masih terdapat sisa aliran tercemar serta di perangkap sampah Sungai Kundang yang mana terdapat longgokan ikan mati kesan daripada aliran minyak terkumpul," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Menerusi kenyataan itu, LUAS memaklumkan pasukannya terus memantau dengan rapi di lokasi tapak agar pembersihan dilakukan sehingga selesai dan tiada potensi serta risiko kepada pencemaran.
"Pemantauan statik LUAS setiap 30 minit di Sungai Sembah sehingga jam 8.30 pagi ini menunjukkan bacaan bau dan keadaan aliran sungai normal.
"Tiada kesan minyak ditemui dan keadaan semasa adalah baik dan terkawal," katanya.
Pada Jumaat, rondaan dan pemantauan LUAS sekitar jam 11 pagi telah mengesan kesan dan bau seakan minyak kelapa di Sungai Kundang sekitar jam 11 pagi tadi.
Susulan itu, LUAS telah mengaktifkan Kod Kuning mengikut Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air untuk tindakan siasatan menyeluruh serta pencegahan atau mitigasi segera.
LUAS melaksanakan tindakan pencegahan awal dengan meletakkan oil boom di aliran Sungai Kundang bagi memerangkap aliran kesan minyak tersebut.
Semakan LUAS mengesan aliran minyak tersebut daripada longkang sebuah premis yang disyaki di kawasan berhampiran.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 02 2024
Kerja pembersihan dilakukan sejak Jumaat susulan insiden pengesanan minyak di lokasi berkenaan. - Foto LUAS
TPM, menteri Kabinet zahir ucapan tahniah sempena ulang tahun keputeraan rasmi Agong
Menteri Kabinet menerusi media sosial masing-masing merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini.
Pantau Belanjawan: China lanjutkan tempoh pengecualian visa, apa manfaat ekonomi?
Setiausaha Agung, Gabungan Persatuan-Persatuan Pelancongan Malaysia (MTF), Dr Sri Ganesh Michiel kupas lanjut berkenaan isu dan bagaimana ia memberi impak kepada sektor pelancongan negara.
AWANI Ringkas: Keciciran calon SPM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jiwai, amal roh Islam dalam pembangunan negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kod QR di BSI dilaksana dua minggu lagi
Pemeriksaan imigresen menggunakan kod QR bagi aplikasi MyRentas di pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dekat sini, dijangka mula beroperasi dalam tempoh dua minggu akan datang.
Lai Pei Jing jadi mangsa sindiket penipuan, wang simpanan lesap
Pemain berusia 31 tahun itu berkongsi insiden malang yang menimpa dirinya di media sosial.
Kereta terbabas di bulatan, pemandu Nissan GT-R maut
Seorang pemandu Nissan GT-R maut manakala penumpangnya cedera selepas kenderaan dinaiki terbabas di bulatan Kampung Sungai Melayu, pada Ahad.
SUV rempuh parkir gereja: 'Tiada unsur sabotaj, henti spekulasi' - Polis
Insiden sebuah SUV yang hilang kawalan sebelum terbabas dalam kawasan parkir Gereja St Ignatius, Petaling Jaya tidak melibatkan unsur sabotaj atau khianat.
Intervensi bukan kaedah baharu, mampu kurangkan keciciran calon SPM - Wong
Langkah itu lebih bersifat pemujukan dan memberi kesedaran kepada setiap calon berkaitan kepentingan menduduki peperiksaan tersebut.
Pasang CCTV lindung tukang jahit warga asing
Kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik, Kedah selepas selesai proses dokumentasi.
Longgokan ikan mati di Sungai Kundang akibat pencemaran minyak
Sebanyak 33 guni ikan mati telah dibersihkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di perangkap sampah Sungai Kundang di sini pada Sabtu.
Ribuan ikan mati akibat pembuangan sisa kilang
Ribuan ikan ditemui mati dan terapung di Kolam Tadahan Taman Industri Alam Jaya, Puncak Alam di sini dipercayai akibat pencemaran berpunca daripada pembuangan sisa kilang.
Air merah: Pulau Pinang akan salur bantuan kepada penternak ikan dalam sangkar terjejas
Pulau Pinang akan menyalurkan bantuan kepada penternak ikan dalam sangkar yang mengalami kerugian apabila banyak ikan ternakan mereka mati akibat fenomena air merah.
Ikan, hidupan laut mati akibat air pasang merah di Pulau Pinang
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata dalam masa sama pihaknya akan terus memantau fenomena itu yang telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan nelayan.
Ribuan ikan mati di tasik UniSZA akibat cuaca panas
Ribuan ikan tilapia ditemui mati di tasik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada petang Khamis akibat kekurangan oksigen terlarut susulan cuaca panas dan peningkatan muatan organik.
Pertandingan memancing tangani fenomena ikan mati di Sungai Melaka
Kerajaan negeri akan mengadakan pertandingan memancing dan pesta masakan ikan sungai sebagai langkah proaktif menghadapi fenomena ribuan ikan mati di Sungai Melaka.
Penduduk terkejut jutaan ikan mati terdampar di sungai New South Wales
Kematian ikan pada skala besar itu pertama kali dilaporkan bandar tersebut.
Berputih mata 8 tan ikan air tawar mati
Pengurus kolam berkata, kejadian terbabit disedarinya pada jam 7.30 pagi ketika dia mahu memulakan operasi.
Ribuan ikan di Sungai Tuang mati bukan sebab pencemaran
Ketua Menteri berkata, ikan itu dibuang oleh mereka yang memasang jaring hanyut atau pekap di pantai sekitar.
50 penternak ikan gesa kerajaan negeri percepat proses gali semula kuala Sungai Semerak
Penternak ikan di kuala sungai itu menanggung jumlah kerugian yang banyak akibat daripada pencemaran air.